-->

ADVERTISEMENT

TV3 Live

TV3 Live

ADVERTISEMENT


Tonton TV3 Live Online. TV3 ialah stesen televisyen di Malaysia milik Media Prima Berhad. Siaran pertama TV3 dimulakan pada 1 Jun 1984 dengan slogan Berita Terkini Hiburan Sensasi.

TV3 mula meraih populariti setelah membuat liputan langsung Sukan Olimpik Los Angeles, Amerika Syarikat pada Julai 1984. Stesen televisyen ini kini menjadi salah satu stesen paling banyak ditonton di Malaysia. Saluran TV3 menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutama yang gemar menonton rancangan drama. Antara slot drama yang disiarkan di TV3 iaitu Akasia, Azalea, Cempaka, Chamsarang, Dahlia, Lestary, Sakura, Samarinda, dan Sonia. Di TV3 juga disiarkan rancangan lain seperti telenovela, berita bahasa Melayu iaitu Berita Terkini, Buletin Pagi, Detik Niaga, Buletin 1:30, dan Buletin Utama.

Untuk kanak-kanak pula, ada slot filem kartun Bananana! dan Nickelodeon. Bagi menambahkan pengetahuan agama, penonton boleh menyaksikan Halaqah dan Tanyalah Ustaz. Rancangan hiburan khas yang popular juga disiarkan oleh saluran ini meliputi Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Juara Lagu. TV3 pun turut menghadirkan rancangan masakan yang digemari ramai iaitu 5 Rencah 5 Rasa, Aroma Tradisi, dan Jalan-Jalan Cari Makan.

ADVERTISEMENT


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel